Sunday, April 24, 2011

Pengemis Buta Dan Rasulullah SAW

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap
harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya,
Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu
pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan
dipengaruhinya. .

Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan
makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang
dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang
menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari
sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan
makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat
Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak
bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu,Anakku,
adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan
hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan
membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk
diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan
itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik,
Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu,
Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu.. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya,
orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata,
Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga
dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW?
Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha
meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sebarkanlah riwayat ini ke sebanyak orang apabila kamu mencintai Rasulullahmu. ...

Azab anak derhaka - Oleh ustaz Mahrawi Marzoki

Buat iktibar semua, ingat & sayang sementara ibubapa masih ada...

Sebaik sampai ke pintu wad, jeritan Jalal menerpa ke telinga saya. Jeritannya sungguh kuat kerana azab dan sakit yang ditanggungnya tidak mampu ditanggung lagi. Saya percepatkan langkah menuju ke katilnya. Di sisi katil saya lihat ahli keluarga Jalal sedang menangis tersedu-sedu.


Jelas mereka panik dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan, kecuali melihat Jalal menggelepar kesakitan dan berdoa semoga Jalal cepat sembuh.


Di katil pula, Jalal meraung dan meronta sambil tangan dan kakinya terikat kemas di katil.


"Terima kasih ustaz sebab sudi datang bantu kami. Saya dah tak tahu

apa nak buat. Dah seminggu lebih adik saya macam ni," kata salah seorang

abang kepada Jalal sebaik melihat saya sampai..

Sebelum itu mereka menghubungi saya melalui telefon meminta saya segera

datang untuk membantu menyembuhkan penyakit adik bongsu mereka itu.

"Apa sakitnya ni?" tanya saya. "Entahlah ustaz, doktor pun tak tau."

Sedang kami berbual, tiba-tiba sekali lagi Jalal menjerit kesakitan. Kali ini jeritannya cukup jelas di pendengaran saya.. Jeritannya menakutkan dan menyedihkan.


"Emak, ampunkan saya mak. Panaaaassss. Saya sakit mak, sakiiiiittttttt!

Tolonglah emak, ampunkan dosa saya." Berserta raungan yang dilepaskan

sekuat hati, tubuh Jalal menggelepar seperti dipanggang di dalam api yang

marak. Mukanya berkerut sementara matanya terbelalak akibat azab yang

amat pedih. Semua yang ada di wad berkenaan memandang ke arah kami. Jeritan itu menyebabkan saya tertanya-tanya. Apakah yang menyebabkan Jalal jadi sedemikian rupa? Apa pula kaitan antara penyakitnya itu dengan ibunya?

"Panggil ibunya segera," kata saya. Namun kata-kata saya itu tidak dijawab. Ahli keluarga Jalal cuma terdiam,

menundukkan muka atau berpandangan sesama sendiri.

"Kenapa ni?" tanya saya. Dengan perlahan abang Jalal bersuara, "Ustaz, ibu kami baru sahaja meninggal dunia dua minggu lepas." "Kalau macam ini susahlah sikit.

Saya rasa mungkin Jalal ada melakukan kesalahan besar kepada ibunya, sebab itulah dia menanggung azab yang begini rupa. Dalam keadaan macam ini, cuma ibunya saja yang dapat membantu," kata saya berterus terang.

Mereka cuma mendiam diri sementara jeritan Jalal semakin kuat. Saya semakin ingin mengetahui puncanya kerana dengan latar belakang itu insya-Allah saya boleh cuba carikan jalan lain untuk meredakan

kesakitan Jalal.

"Ceritakanlah kepada saya apa yang sebenarnya telah berlaku.." "Ustaz,

sebenarnya adik saya ini sudah derhaka kepada arwah ibu kami," jawab salah seorang daripada mereka. Dengan tenang, tapi air mata bergenang abang Jalal menceritakan kepada saya kisah yang sebenarnya, kisah yang cukup menyayat hati saya. Menurutnya, Jalal adalah anak bongsu daripada mereka enam beradik,

empat perempuan dua lelaki dan di kalangan mereka, Jalallah yang mempunyai kelulusan yang lebih tinggi. Bagaimanapun, sejak kecil hinggalah dia

bekerja dan seterusnya berkahwin, Jalal sentiasa sahaja melawan dan

menyanggah kata-kata ibunya. Nasihat dan teguran ibunya pula dipandang

rendah serta tidak diendahkan. Syurga anak di bawah telapak kaki ibunya.

Walaupun berpendidikan tinggi, Jalal sentiasa sahaja kekurangan wang,

seolah-olah tidak dirahmati rezekinya. Berterusanlah keadaan itu hingga

dia berumahtangga. Keadaan menjadi semakin buruk apabila Jalal meletakkan

jawatannya di sebuah syarikat swasta. Hasratnya adalah untuk mencari rezeki yang lebih banyak di syarikat lain, namun nasibnya bukan sahaja tidak berubah, malah menjadi semakin parah. Walau di syarikat manapun yang Jalal bekerja, dia akan menghadapi masalah yang seterusnya membawa kepada dia meletakkan jawatan. Dalam kegawatan itulah Jalal mula meminjam wang daripada sahabat-sahabatnya. Selepas sekian lama hutangnya semakin banyak, namun dia masih tidak mampu melunaskannya. Rumahtangga Jalal mula kucar-kacir dan akhirnya mereka bercerai. Bagi menyelesaikan masalah tersebut, Jalal mendesak ibunya supaya mencagarkan tanah mereka di kampung kepada bank. Tanah seluas 12 ekar itu ditinggalkan oleh bapa mereka yang meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

"Emak, saya nak tanah tu. Bank dah setuju nak kasi RM500,000. Saya nak duit tu buat berniaga," katanya kasar. "Jalal, engkau ni dah melampau. Itu tanah adik-beradik kamu," jawab si ibu.

"Ahhh, saya tak kira."

"Jalal, emak tidak benarkan. Emak tau, duit tu nanti bukannya engkau nak buat berniaga, tapi nak bayar hutang," jawab ibunya.

Bukan sahaja ibunya, malah semua adik-beradik Jalal tidak membenarkannya

mencagarkan tanah tersebut kepada bank. Jalal pulang dengan hati kecewa.

Namun dia masih bertekad untuk mendapatkan tanah berkenaan walau

dengan apa cara sekalipun. Suatu hari, Jalal datang ke rumah ibunya. Beberapa

orang adik-beradiknya ada di situ. Sekali lagi pertengkaran berlaku dan berakhir dengan tragedi yang amat menyedihkan. Ketika kemarahannya sampai kemuncak, Jalal menolak ibunya sekuat-kuat hati menyebabkan kepala ibunya terhantuk di pintu. Darah dari luka terpalit di pintu sedang ibunya terjelopok di lantai, rebah tidak sedarkan diri. Si ibu segera dibawa

ke hospital sementara Jalal puas hati kerana dapat melepaskan kemarahannya.


Akibat pendarahan otak yang serius, ibunya meninggal dunia tanpa sempat

melafazkan keampunan kepada Jalal. Bermulalah azab dalam hidup Jalal.

Kira-kira seminggu selepas kematian ibunya, Jalal dikejarkan ke hospital

kerana jatuh sakit secara tiba-tiba. Apa yang membingungkan ialah doktor gagal mengesan penyakit yang dihadapinya. Jalal sebaliknya meraung, menjerit, meronta dan menggelepar kesakitan. Dalam raungannya itulah dia meminta ampun kepada arwah ibunya kerana tidak sanggup menanggung azab yang pedih. Berterusanlah keadaannya selama beberapa hari hingga saya dipanggil. Dalam waktu itu, doktor dan jururawat tidak dapat berbuat apa-apa kecuali mengikat Jalal di katil dan menyuntiknya dengan ubat pelali untuk menidurkannya. "Kalau begitu kisahnya, saya cuba cara lain," kata saya. Di samping ayat-ayat suci al-Quran, saya membacakan surah Yassin untuknya.

Namun apabila dibacakan saja ayat suci itu, Jalal menjerit kepanasan. Tubuhnya menggeletik dan menggelepar kesakitan. "Aduh panasnya! Emak,

ampunkanlah saya emak! Jangan bawa saya ke situ emak, panas. Jangan bawa saya ke situ. Saya tak mau, sakit, sakit. Tolonglah saya emak, ampunkan saya, saya bersalah." Jeritan Jalal itu meruntun hati saya.

Apakah yang dimaksudkannya dengan

'ke situ'? Kenapa Jalal tidak mahu dibawa 'ke situ' dan apa yang dilihatnya di situ? Akibat tidak tertahan panas, tubuh Jalal terpaksa dibogelkan. Tangan dan kakinya terus diikat ke katil. Selepas puas

mencuba tapi keadaan Jalal masih tidak berubah, saya meminta diri untuk pulang. Satu ingatan saya tinggalkan kepada mereka, "Jika Jalal masih hidup selepas zuhur ini, insya-Allah nyawanya masih panjang. Kalau tidak..." Ketika itu lebih kurang pukul 10 pagi. Saya tinggalkan

mereka, namun sedang saya memandu, telefon bimbit saya berdering.


"Ustaz! Cepat ustaz, adik saya dah nazak," kata si abang. Saya berpatah balik dan apabila sampai di katilnya, saya lihat Jalal

begitu tenat. Nyawanya seperti sudah di penghujungan.. Keluarganya semakin

cemas sambil air mata tidak henti-henti mengalir. Saya bacakan Surah al-Asr, Surah al-Falaq, Surah an-Naas serta asma ul husna. Alhamdulillah, Jalal berhenti meraung dan menggelepar. Keadaan senyap seketika.

Masing-masing beristighfar dan membaca ayat-ayat suci al-Quran. Terbayang

kelegaan di wajah mereka. Tiba-tiba, ketenangan itu dipecahkan sekali lagi

oleh jeritan Jalal. Dia mengerang sambil tubuhnya kejang menahan kesakitan, mata terjegil seperti hendak terkeluar dan dalam satu detik yang serentak juga najisnya terpancut keluar. Bertabur membasahi seluarnya. Bau najis menusuk hidung kami. Maha suci Allah, keadaannya

adalah seperti sesuatu yang berat menghenyak perutnya yang mengakibatkan nyawa, roh, najis, organ-organ dan segala-galanya yang ada di dalam tubuh terhambur keluar secara serentak. Di bahagian atas, semuanya seperti hendak terpancut keluar hingga mata Jalal tersembul sementara di

bahagian bawah, kakinya kaku dan najis berhambur memancut-mancut. Cukup aib

dan menyedihkan. Pakaian dan katil basah dengan air mata, peluh serta najisnya. Selepas 'rentapan' itu, Jalal tidak bernafas lagi. Degupan jantungnya berhenti dan dia pergi menghadap Allah SWT untuk menerima balasan amalannya. Tamatlah riwayat seorang anak derhaka. Saya cuma

mampu melihat dengan gementar sementara keluarga Allahyarham menangis

dan berpelukan sesama sendiri. Yang perempuan terpaksa keluar kerana tidak sanggup melihat mayat adik mereka. Demikianlah sakaratulmaut datang menjemput Jalal. Seperti yang dijelaskan di dalam al-quran dan hadis, ia datang dengan menyentap, merentap dan merenggut nyawa Jalal tanpa ada kasihan belas. Sudah berpuluh-puluh tahun saya menguruskan jenazah dan melihat orang menghadapi saat kematiannya, namun

pengalaman menyaksikan sakaratulmaut menjemput Jalal cukup memilukan hati saya.

Kesengsaraan yang ditanggung oleh Jalal sudah berakhir, namun mayatnya

meninggalkan keaiban yang amat sangat. Matanya terbonjol seperti hendak terkeluar sementara giginya menyeringai. Dari kerut wajahnya, jelas sekali Allahyarham baru sahaja menanggung kesakitan dan azab yang amat pedih.


Saya cuba pejamkan mata Allahyarham, namun gagal. Kelopak mata tidak

berupaya untuk menutup biji matanya yang tersembul itu. Cukup mengerikan kerana hanya mata putih sahaja yang kelihatan. Ikatan di kaki dan tangan Allahyarham dileraikan dan tangannya dikiamkan. Kaki Allahyarham dirapatkan, namun sekali lagi saya menyaksikan keaiban kaki Allahyarham tidak boleh dirapatkan kerana duburnya terpancut keluar dan membonjol

di celah kelengkangnya. Saya menenangkan mereka supaya bersabar dan reda dengan apa yang telah terjadi. Selesai membersihkan tubuh Allahyarham,

jenazah dibawa turun kerana keluarganya mahu menguruskan jenazah tersebut

di rumah mereka di salah sebuah taman perumahan di sebuah negeri di pantai

barat semenanjung. Rupa-rupanya keaiban belum berakhir. Sebaik sahaja van yang membawa Allahyarham keluar dari perkarangan hospital, tiba-tiba keempat-empat shock absorbernya patah secara serentak. Van yang cuma membawa lima orang, mayat yang badannya sederhana sahaja, dua orang abang dan kakaknya, pemandu serta seorang pembantu, boleh patah shock absorbernya? Kelindan van bergegas memanggil kami. Maha suci Allah, Tuhan yang Maha Besar, apabila hendak dikeluarkan dari van, jenazah itu kami rasakan teramat berat hingga terpaksa diangkat oleh kira-kira 15

orang.


Selesai masalah itu, satu lagi masalah timbul - tidak ada van atau kereta yang berani untuk mengangkat jenazah tersebut. Kebetulan sebuah lori kosong yang mengangkat tanah, pasir ataupun kelapa sawit lalu di tempat kejadian. Dengan lori itulah jenazah dibawa pulang ke rumahnya. Apa yang membingungkan kami ialah walaupun mayat berkenaan terlalu berat, tapi kayu penusungnya tidak pula patah. Lori bertolak ke rumah Allahyarham sementara saya pula memandu pulang ke rumah. Saya dimaklumkan bahawa Allahyarham

dikebumikan di sebelah kubur ibunya. Namun diceritakan juga kepada saya

bahawa tanah yang ditambun ke atas kuburnya tidak mencukupi. Untuk

mengelakkan kubur Allahyarham berlubang, tanah lain terpaksa diambil

dan ditambur ke atasnya.


Tiga hari kemudian, saya menerima panggilan telefon daripada keluarga

Allahyarham. "Ustaz, saya nak minta pertolongan dan pandangan daripada

ustaz." "Apa masalahnya itu?" tanya saya.


"Kubur adik saya berlubang ustaz.."

Masya-Allah, demikian sekali keaiban yang Allah tunjukkan kepada anak yang

derhaka kepada ibunya. Menurut abang Allahyarham, kewujudan lubang itu

disedari sehari selepas Allahyarham dikebumikan. Lubang tersebut bermula

dari bahagian tengah kubur hinggalah mencecah kepada papan yang menutup

liang lahad. Tambah abang Allahyarham lagi, mereka mengambusnya dengan

tanah, namun keesokan harinya kubur tersebut berlubang semula. "Begini sajalah, cuba masukkan sekali kayu atau papan ke dalam lubang tersebut, insya-Allah, tak berlubang lagi," kata saya. Namun keesokan harinya sekali lagi abang Allahyarham menghubungi saya memberitahu bahawa kubur berkenaan berlubang semula. Apa yang membingungkannya, tanah di kubur arwah ibunya langsung tidak berubah, masih tetap membusut walaupun sudah lebih dua minggu dikebumikan. Bukan itu sahaja, katanya, pokok yang ditanam di kubur ibunya juga hidup segar sedangkan pokok yang ditanam di kubur adiknya mati kelayuan. Pada hari kelima, saya menghubungi abang Allahyarham. "Begini sajalah," kata saya. "Mulai malam ini buatlah majlis Yassin dan tahlil. Panggil 20 orang dan setiap seorang baca Surah Yassin sebanyak 2 kali. Apabila selesai bacaan Yassin, minta imam bacakan doa supaya diampunkan dosa Allahyarham kepada ibunya.. Baca dalam bahasa Melayu

dan ulang doa itu sebanyak tujuh kali."


Seperti yang saya nasihatkan, pada malam berkenaan mereka mengadakan majlis itu. Namun saya diberitahu, imam yang membaca doa tersebut menggigil ketakutan. Alhamdulillah, pada hari ketujuh, kubur berkenaan tidak lagi berlubang. Peristiwa ini sudah berlaku empat tahun lepas namun masih terbayang-bayang di mata saya. Setiap kali tibanya hari raya aidilfitri, setiap kali itulah peristiwa tersebut menjelma dalam

ingatan kerana ia terjadi cuma beberapa hari selepas kita berhari raya.. Sungguh

menyentuh hati saya, ketika orang sedang bergembira berhari raya, ketika itulah keluarga tersebut ditimpa petaka, si ibu meninggal dunia dan anaknya yang derhaka diazab hingga ke akhir hayatnya. Kisah ini saya paparkan bukan untuk mengaibkan Allahyarham ataupun keluarganya, tapi supaya kita dapat mengambilnya sebagai pedoman dan iktibar. Doakanlah semoga dosa Allahyarham Jalal diampunkan Allah. Amin.

Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja seumur Hidup.

Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja seumur Hidup.

Renung-renungkan Dan selamat beramal..

Saat itu, Dhuha, Hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju Makah....... , aku bertanya pada Ibu, Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk Umrah Di Bulan July 2007 yang lalu.

'Ibu, kataku, Ada cerita apa yang Menarik dari Umrah....? ( Maklum, ini pertama kali aku ber Umrah). Dan Ibu, Memberikan Tausyiahnya.

Kebetulan umrahku dimulai di Madinah selama 4 Hari, baru ke Makah.
Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumat di depan Kabah.

Ibu berkata...' , * Allah hanya memanggil Kita 3 kali saja Seumur hidup*

Keningku berkerut.... ....'Sedikit sekali Allah memanggil Kita..?'

Ibu tersenyum. 'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan Itu..?'
Saya menggelengkan kepala.

'Panggilan pertama adalah* **Azan*', ujar Ibu.

'Itu adalah panggilan Allah yang pertama. Panggilan ini sangat jelas Terdengar di telinga Kita, sangat kuat Terdengar. Ketika Kita sholat, sesungguhnya Kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia tidak 'cepat marah' akan sikap Kita. Kadang Kita terlambat, bahkan tidak sholat sama sekali karena malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan Kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau Tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika Hari Kiamat nanti'.

Saya Terpekur.... .Mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat Kerana meeting lah, mengajar lah, Dan lain lain. Masya Allah.......

Ibu Melanjutkan,Panggilan yang kedua adalah Panggilan* Umrah/Haji*

Panggilan ini bersifat halus. Allah Memanggil hamba-hambaNya dengan Panggilan yang halus Dan sifatnya 'bergiliran' . Hamba yang satu mendapatkan Kesempatan yang berbeda dengan Hamba yang lain. Jalan nya bermacam-macam. Yang tidak punya uang Menjadi punya uang, yang tidak merencanakan, ternyata akan pergi, Ada Yang memang merencanakan Dan terkabul.

Ketika Kita mengambil niat Haji / Umrah, berpakaian Ihram Dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/ Umrotan', Sesungguhnya Kita saat itu menjawab panggilan Allah yang Ke dua.

Saat itu Kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah Kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali.

Allah berkata, Laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin Berkaca-kaca. ........Subhanal lah...... .saya datang Menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan.. ...Alhamdulill ah...

'Dan Panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah* KEMATIAN*.

Panggilan yang Kita jawab dengan amal Kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak Memberikan tanda tanda secara langsung, Dan Kita tidak mampu menjawab Dengan lisan Dan Gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh. Karena Itu , Manfaatkan waktumu sebaik-baiknya. ..Jawablah 3 panggilan Allah Dengan Hatimu Dan sikap yang Husnul Khotimah.... .......Insya Allah Syurga adalah Balasannya.. ...'

** Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah Karena kelalaian saya Dalam menjawab panggilanNya. ....Kala itu hati saya makin yakin akan KebesaranNya, kasih sayangNya Dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan Baju Ihram Dan berniat..... ....Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam........ **

*Huraisy*

*Pada Hari Kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang Bernama 'Huraisy' Berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini Dari timur hingga ke Barat. Panjangnya pula seperti jarak langit Dan bumi.

Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana Dan siapaYang kau Cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mau mencari lima Orang.'

Pertama, orang yang meninggalkan sholatKedua, orang yang Tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang durhaka kepada ibu Dan Bapaknya. Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam Masjid. Kelima, orang yang suka minum arak.'*

6 hak seorang muslim dengan muslim yang lain

Islam datang untuk mempersatukan hati dengan hati, menyusun barisan dengan tujuan menegakkan bangunan yang tunggal dan menghindari perpecahan,

1. Apabila engkau menjumpainya engkau berikan salam kepadanya.

2. Apabila dia mengundangmu engkau memperkenankan undangannya.

3. Apabila dia meminta nasehat, engkau menasehatinya.

4. Apabila dia bersin dan memuji Allah, hendaklah engkau mentasymitkannya (berdoa untuknya).

5. Apabila dia sakit hendaklah engkau menjenguknya.

6. Apabila dia mati hendaklah engkau hantarkan jenazahnya.

(HR.Muslim dan Tirmizi).

TIPS MENEMPUH ALAM PERKAHWINAN

"Bagi anda yang bercita-cita untuk membina rumahtangga bahagia dan mendapatkeberkatan dan keredhaan daripada Allah s. w. t renungkanlah tips berikut : -

1) Anda perlu meletakkan tujuan perkahwinan untuk mencari keredhaan Allah. Naluri untuk berteman dan keinginan kepada anak-anak adalah kehendak semulajadi yang telah diletakkan oleh Allah dalam diri setiap manusia yang normal.

Surah Al-Furqan ayat 74 :-

"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertaqwa."

2) Anda perlu menyedari bahawa perkahwinan anda dengan orang yang dikasihi itu adalah suatu ketetapan dari Allah. Tanpa restu dan izin yang Maha Berkuasa perkahwinan anda tidak mungkin akan terjadi walau bagaimana besar usaha dan penat lelah yang telah anda lakukan kearahnya. Anda juga perlu menerima hakikat bahawa usia perkahwinan anda terletak di tanganNya, dan Allah berhak mengambilnya pada bila-bila masa yang dikehendakiNya. Sebagai seorang yang beriman dengan qoda' dan qadar Allah anda hendaklah sentiasa berdoa agar jodoh anda dengan pasangan berpanjangan sehingga ke akhir hayat.

Allah berfirman dalam surah Al-An'am ayat 17 :-

"Jika Allah menimpakan satu kemudharatan kepadamu, maka tidak ada yang menghilangkannya melainkan Dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan kebaikan kepadamu, maka dia maha kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

3) Perkahwinan membuahkan hak-hak dan tanggungjawab tertentu yang perlu ditunaikan baik oleh suami atau pun isteri. Diantara tanggungjawab suami ialah melunaskan mas kahwin, memberi nafkah zahir dan bathin, mendidik isteri dan anak- anak serta berlaku baik terhadap mereka. Manakala tanggungjawab isteri pula ialah mentaati suami dalam perkara yang tidak berlawanan dengan syara', memelihara diri dari perkara yang mungkar, menjaga harta suami dan menguruskan rumahtangga.

Segala hak dan tanggungjawab ini telah termaktub didalam Al-Qur'an dan sangat bersesuaian dengan tabiat dan fitrah semulajadi manusia. Anda seharusnya melaksanakan segala tanggungjawab ini bukan sekadar untuk menyukakan hati pasangan anda sahaja, sebaliknya kerana mencari keredhaan Allah s. w. t.

4) Sebagai seorang mukmin , sama ada lelaki dan perempuan mestilah meletakkan Allah dan Rasul lebih tinggi daripada segalanya.

Firman Allah yang bermaksud :-

"Katakanlah, jika bapa-bapa, anak-anak,saudara-saudara, isteri-isteri,kaum keluarga kamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusanNya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik." [Surah AtTaubah, 24]

Oleh itu anda mestilah memahami kedudukan anda di sisi pasangan. Anda bukanlah pihak yang pertama di hatinya. Bagi suami,selepas ketaatan kepada Allah dan RasulNya, ibubapa jatuh tempat kedua kemudian barulah isteri dan keluarga. Sementara bagi isteri, suami adalah tempat kedua selepas Allah dan RasulNya. Kemudian itu barulah ibubapa. Setelah memahami kedudukan yang ditetapkan oleh Allah, anda seharusnya tolong menolong di antara suami isteri dalam meletakkan hak dan kedudukan ini supaya kena pada tempatnya.

5) Anda haruslah ingat bahawa pasangan anda adalah manusia biasa yang tidak terkecuali daripada kelemahan dan kesilapan. Anda juga demikian. Oleh itu sekiranya pasangan anda melakukan kesilapan, janganlah terlalu diperhitungkan. Sentiasalah mengamalkan sikap bertolak ansur dan saling maaf memaafi antara suami dan isteri.

6) Dalam surah Al-Baqarah ayat 187, Allah menggambarkan hubungan suami isteri sebagai pakaian bagi satu sama lain. Bayangkan bagaimana pentingnya pakaian bagi manusia untuk menghindarkan diri daripada hujan dan panas, begitulah pentingnya anda kepada pasangan anda. Sebagai pakaian anda diperlukan setiap masa oleh pasangan anda untuk menutupi keaibannya dan melindunginya daripada perkara-perkara yang tidak menyenangkan. Oleh itu anda perlulah menjadikan diri anda sebagai pakaian yang terbaik untuknya dan menjauhkan diri daripada menjadi pakaian yang buruk, lusuh dan tidak berguna.

7) Sebagai seorang Islam, telah wujud ikatan persaudaraan Islamiah antara anda dan pasangan sebelum perkahwinan. Ijabkabul bukan sahaja menjadikan anda suami atau isteri malah mengerat dan mengemaskan lagi ikatan persaudaraan ini. Oleh itu kasih sayang tidak hanya berfungsi untuk mengikat suami dan isteri tetapi juga sebagai saudara seiman dan seagama.

8) Anda perlulah beradab dipertemuan pertama dengan pasangan anda. Suami hendaklah memberi salam kepada isteri apabila memasuki bilik pengantin dan meletakkan tangannya di atas ubun-ubun isteri sambil berdoa dengan

maksud:-

"Wahai Tuhanku aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya. Dan aku berlindung dengan Mu dari kejahatannya dan kejahatan apa yang Engkau fitrahkan dia atasnya."

Selepas itu pasangan hendaklah bersembahyang sunat dan berdoa kepada Allah agar diberiNya kebaikan dan dijauhiNya kejahatan.

Dan jika hendak bersama dengan pasangan bacalah doa dengan maksud:-

"Wahai Tuhanku, jauhkan kami daripada syaitan dan jauhkanlah syaitan daripada anak-anak yang engkau anugerahkan kepada kami. "Pertelingkahan antara suami isteri adalah sesuatu yang biasa terjadi sebagaimana lazim disebutkan 'sedangkan lidah lagi tergigit'. Maka apabila berlaku pergeseran janganlah diperbesarkan.

Kalau suami marah seeloknya isteri diam dan kalau isteri marah, giliran suami pula diam. Adalah tidak perlu pasangan yang dimarahi cuba membela diri kerana lazimnya ia tidak membuahkan hasil yang baik. Walaubagaimanapun sesiapa yang marah ini perlulah ingat dan bertanya kenapa aku marah. Adakah pasangan aku telah melakukan mungkar yang bertentangan dengan syariat Allah. Jika tidak, nasihat yang baik adalah lebih berkesan. Hidup saling memaafkan dan saling mengerti antara satu sama lain akan menambahserikan rumah tangga.

Janganlah takut menghadapi dugaan dan ujian kerana rumahtangga yang diujikan membuatkannya lebih kukuh dan matang jika pasangan bijak mengendalikannya. Sentiasalah berdoa kepada Allah agar mempermudahkan usaha kita dalam melayari kehidupan berumahtangga.

Thursday, September 30, 2010

10 manfaat bersama suami isteri

1. Awet muda
Menurut kajian, orang yang melakukan hubungan seksual tiga kali dalam seminggu akan dilihat empat sampai tujuh tahun lebih muda dari usia sebenar. Sebabnya seks merupakan bentuk olahraga yang memberikan keremajaan kulit. Hubungan seks dilakukan dengan penuh semangat bererti lebih banyak oksigen yang dihantar ke tubuh melalui darah selain membawa nutrisi ke permukaan kulit.

2. Tubuh jadi cergas
Meskipun seks bukan cara paling efektif untuk menurunkan berat badan, tapi anda tetap dapat membakar banyak aktiviti melalui rutin ini. Anda dapat membakar antara 100 dan 250 kalori per jam dan anda juga olahraga otot-otot secara menyeluruh.

3. Kekal langsing
Hubungan seksual meningkatkan tahap insulin seperti faktor penggalak (IGF) yakni hormon yang dapat mengawal aktiviti enzim dalam sel-sel yang bertanggung jawab pada metabolisme lemak. Tahap IGF lebih tinggi akan membantu menghancurkan lapisan lemak.

4. Meningkatkan kekebalan
Kajian telah menunjukkan bahawa orgasma dapat membantu merangsang sistem kekebalan. Ia meningkatkan tahap T3 dan T4 sel lymphocyte iaitu sejenis sel darah putih yang dapat menghasilkan antibodi dan menyerang jangkitan sebanyak 20 peratus.

5. Meningkatkan mood
Ketika seorang wanita mencapai orgasma, mereka mengeluarkan hormon seks yang disebut oksitoksin. Ia dihasilkan oleh bahagian dasar otak. Hormon ini dapat membangkitkan perasaan emosional seperti kemesraan dan saling mendorong yang membantu meningkatkan pertalian di antara dua insan.

6. Mengurangkan tekanan
Ada bukti ilmiah yang kuat bahawa orgasma dapat menyumbang kepada
pengeluaran endorfin iaitu bahan kimia yang dikeluarkan otak serta bertindak sebagai penahan sakit yang efektif.

7. Membantu mencegah penyakit jantung
Seks memiliki kebaikan khusus bagi lelaki, terutama jika mereka berumur 40 tahun ke atas. Rutin seks yang teratur dapat membantu meningkatkan hormon testosteron sekali gus melindungi jantung.

8. Membantu kelancaran perjalanan darah
Seks adalah olahraga yang dapat meningkatkan perjalanan darah. Ia akan membantu oksigen dan nutrisi mengalir dalam aliran darah dengan lebih mudah.

9. Memanjangkan umur
Sekiranya seks teratur mampu memberikan tubuh dan kehidupan lebih sihat sudah tentunya risiko penyakit akan semakin kurang. Umur juga jika diizinkan Tuhan akan lebih panjang.

10. Menurunkan risiko kehamilan
Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1994 mendapati bahawa wanita yang melakukan seks dalam hubungan jangka panjang memiliki risiko komplikasi lebih kecil dalam masa kehamilan.
dotnet
Pengguna Emas


Kiriman: 329
Ahli sejak: Kha Okt 23, 2008 2:20 pm
Lokasi: Fasa 2 PUNCAK ALAM
YIM

..:: Risiko Menolak Seks Suami ::..

Kita dah sedia maklum bahawa dlm agama, seorang isteri ditegah dari menolak
ajakan suaminya utk mengadakan hubungan badan. Sekalipun si isteri tadi ingin
berpuasa sunat, dia wajib memohon kebenaran dari si suami terlebih dahulu bagi
mengelakkan permasalahan sekiranya si suami tiba2 berkeinginan utk bersama.
Isteri juga wajib membatalkan puasa sunat tersebut demi memenuhi kehendak suami yang satu ini...
Kita juga pernah diingatkan bahawa isteri harus melayani permintaan ini sekali
pun diatas kenderaan. Tolakan yang dibuat tanpa asas kukuh .. hanya akan
mengundang laknat daripada para malaikat.
Si isteri tak seharusnya memandang remeh akan perhubungan badan dengan suami..
sekalipun suami anda itu seorang yang flexible... mudah bertolak ansur.. Nyata
didunia teknologi ini.. telah ramai isteri2 yang mengambil mudah akan hal ini..
dan ditambahkan dengan mereka yang berkerjaya.. ajakan suami seringkali ditolak
dengan pelbagai alasan yang sebenarnya boleh diatasi, jika si isteri benar2 tahu
akan tanggungjawab terhadap suami yang satu ini.

Sebagai isteri, anda harus membantu suami memahami keperluan2nya sendiri supaya
dgn kefahaman tersebut...anda juga akan menerima manafaat darinya... dimana
bantuan utk suami menikmati kepuasan yang mendalam setiap kali bersama.. sedikit
sebanyak memberikan impak pada diri anda sendiri...

Jika dilihat dari permulaan, tolakan isteri pada awalnya mungkin tak memberikan
kesan yang besar... namun bila hal tersebut berlarutan, ia pasti akan
menjejaskan perhubungan suami isteri dan juga kebahagiaan rumahtangga. Kita
boleh lihat kesan dari beberapa sudut:-

1) Kesihatan - lelaki perlu menyalurkan keinginan seks mereka melalui saluran
yang betul, sah dan halal. Kerana itu, mereka dituntut agar berkahwin sekiranya
mereka mampu dan sudah bersedia utk menerima tanggungjawab. Dan sebaliknya jika
masih tidak mampu utk beristeri, maka berpuasa itu adalah yang paling baik
buatnyer. Ini kerana, dengan berpuasa (dengan sebenar2 puasa).. saluran nafsu
itu dapat ditutup dengan ingatan akan azab yang bakal dihadapi sekiranya
berkelakuan sumbang..

2) Agama - sedangkan para malaikat juga melaknati anda sehinggalah sisuami
memberikan kemaafan pada anda.. ingatlah perbuatan anda menolak ajakannya
mungkin akan menyinggong perasaannya...tolakan isteri kekadang bakal mengundang
kemusnahan pada dirinya juga... sekiranya keimanan sisuami bukanlah sekuat yang
disangkakan.. Mungkin ada para isteri yang menganggap suami mereka masih waras
dan mampu mengawal dari melakukan perkara sumbang dan keji diluar pengetahuan
mereka. Namun... jangan juga kita terlupa..bahawa disaat2 seseorang itu berkeluh
kesah akan permasalahan hidupnya.. syaitan senantiasa berhampiran bagi menggoda
mereka ini .. Kekadang ada yang telah tertutup mata hati kerna "iman yang tipis
itu senantiasa dibiarkan berseorangan".. Kemungkinan juga ada para isteri yang
lebih rela membenarkan suami mereka bermain mata diluar... kerna menyangkan
hanya sekadar itu sahaja..diwaktu yang sama.. tidak ada tindakan susulan demi
memperbaiki perhubungan diantara siisteri dan si suami..Apabila masalah ini
tidak dirawat atau dicegah diperingkat awal...jangan salahkan sesiapa sekiranya
ada yang lain ingin memberikan "Pertolongan" pada suami anda..sebaliknya
salahkan la diri anda kerana mengabaikan tanggungjawab anda...

3)Penampilan Lahiriah - seks adalah makanan bagi jiwa seseorang.. seks yang baik
dan mampu memberikan kepuasan, pasti akan mampu memberikan semangat buat empunya
diri setiap hari.. Penampilan diri akan lebih yakin disamping wajah yang
berseri2 kerana kepuasan yang dialami..

Sekiranya permintaan suami seringkali diabaikan atau ditolak, bimbang kelak
sekiranya tiba waktu anda(isteri)mengingininya, nafsunya telah hilang terhadap
anda... Ini mungkin setelah sekian lama menerima tolakan anda, suami mungkin
tidak lagi mahu memulakan seks kerna bimbang ditolak atau telah terlekat
dikepala.. "minta pun tak dapat.. baik tak minta langsung"..Ini boleh kita
istilahkan sebagai "malas seks".. satu puncanya... kebimbangan yang berlebih2an
sekiranya ajakannya akan ditolak lag...

Bila seringkali ditolak, lelaki kebiasaannya akan lama kelamaan tidak mengambil
endah lagi dengan kehendaknya ini.. Secara sedar atau tidak, dia mungkin tidak
mau memikirkannya apakah dia masih maukan seks... dan diwaktu ini , mungkin ada
para isteri menganggap si suami sudah hilang minat terhadapnya.. atas alasan2
yang isteri fikirkan "patut" dilakukan oleh si suami.. umpamanya..adanya
pengganti atau orang lain yang didampingi... Walhal, bagaimana hal ini boleh
terjadi??? Tidak pula semestinya, setiap perubahan lelaki itu hanya kerna ada
orang ketiga.. kadang kala kita tersalah tafsir.. dia mungkin sedang menunjukkan
protes terhadap tindakan kita padanya..

Sisuami, mungkin akan mengalihkan pandangan mereka pada perempuan lain.. atau
juga cuba mencari jalan mudah bagi memenuhi kehendaknya... Lelaki tidak lagi
takut ajakannya ditolak, kerna bagi pelacur umpamanya... tidak ada istilah itu
bagi menyara kehidupan mereka..

Si suami juga,akan memandang isterinya tidak cantik..sekalipun isterinya itu
seorang bekas ratu cantik... sekiranya dia tidak dapat menikmati kepuasan seks
bersama isterinya.

***Cara-cara melayan seks suami***

Ianya bukanlah suatu yang sukar hendak dilakukan:-
1) SEbagai isteri tunjukkanlah kepada suami bahawa anda ingin dan seronok utk
melakukan seks bersamanya dan suka dengan apa yang dilakukan sepanjang sesi
tersebut

2) Anda mesti benar2 menunjukkan tanda anda puas setelah
menikmatinya...kepura-puraan hanya akan mengundang kemurungan pada pihak anda..
Lazimnya.. sisuami tidak percaya siisteri itu mencintainya sekiranya isterinya
tidak suka bila diajak melakukannya.

3) Dengan layanan seks yang menyeronokkan pada suami, isteri dapat membuka pintu
hati suami dan mendapatkan tempat di jiwanya. Dengan ini juga, isteri akan dapat
menikmati semula ekspresi kasih sayang daripadanya..

4) Sekalipun anda tidak mempunyai mood utk bersama, dan mood suami anda amat
tinggi, berikan seks segera kepadanya. Anda tak perlu mengadakan pelbagai
alasan. Dengan kebijaksanaan anda menangani masalah ini, hubungan seksual anda
tidak akan terancam.

5) Sekiranya suami anda tidak bertanya apa yang anda sukai, adalah tanggungjawab
anda utk memberitahunya.. Jangan ambil mudah dengan menganggap bahawa seorang
lelaki harus tau apa yang perlu dilakukan dan bagaimana melakukannya. Jangan
terus menyalahkan suami sekiranya dia tak bertindak seperti yang diingini oleh
anda... Sebaiknya, setelah selesai bersama, suarakan padanya perkara2 yang suami
anda lakukan yang amat anda gemari.. Jgn terus menerus menyampaikan apa yang
anda tak suka sewaktu bersama, kerana ianya akan merosakkan esteem lelaki ...

6) sebagai isteri, tidak harus berasa malu utk menunjukkan tindakbalas yang
boleh dilihat oleh suami... Lebih baik jika dapat mengucapkan terima kasih
setelah anda cukup puas bersamanya.

7) Jgn berlakon!.. dengan melakonkan orgasm demi menjaga hati suami, lama
kelamaan anda mungkin tidak akan dapat merasai orgasm yang sebenar.. Anda telah
secara dengan tidak sengaja, menutup peluang kepada tubuh anda utk mengalami
turun naik ombak berahi yg semulajadi.

8)Tidak semestinya orgasm itu diperolehi setiapkali bersama. Yang lebih
bermakna, adalah sentuhan suami diseluruh tubuh anda.

9)Jgn menganggap ringan terhadap seks sekiranya anda telah berbelas tahun
berumahtangga dan mempunyai beberapa orang anak. Sikap ini boleh mendatangkan
konflik dan ancaman kepada rumahtangga anda.

10) sekiranya suami semakin dingin,segeralah perbaiki kemahiran anda dlm
berkomunikasi bersamanya.

11) Apabila lelaki tidak minat melakukan seks, mereka lebih suka berdiam diri
dari meluahkannya. Tak seperti isteri, luahan dilakukan walaupun isteri tau
bahawa suaminya amat memerlukan. Lelaki bimbang sekiranya dia mengatakan tidak
berminat, dia akan dihujani denganpelbagai persoalan. Pertanyaan demi
pertanyaan, akan mematikan terus nafsu suami.

12) Senantiasa ingat bahawa suami yang tidak ditekan, akan segera hlang
kepenatannya dan bersedia dengan gembira utk melakukan seks
bersama isteri, sekiranya isteri bersedia.

wallahualam..

-sumber majalah-


Note: Bacaan Untuk 18 Tahun Ke Atas :)